Wednesday 4 July 2012

SELANGOR vs AIR


SHAH ALAM – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar hari ini berkata, dakwaan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa air di Selangor mencukupi menunjukkan beliau tidak faham isu air di Selangor atau cuba bermain politik.
Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor berkata, apa yang dibangkitkan oleh kerajaan persekutuan mengenai kadar rizab air di Selangor yang tinggal 2.4 peratus berbanding kadar sepatutnya pada 20 peratus ialah rizab air terawat bukannya kapasiti air mentah di tujuh empangan di Selangor.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini bagi menjawab kenyataan Abdul Khalid yang mempelawa menteri persekutuan melawat empangan di Selangor bagi membuktikan air di negeri ini mencukupi.
Oleh itu, Noh berkata, beliau sanggup menerima cabaran Abdul Khalid supaya melawat empangan-empangan itu dengan syarat Menteri Besar sanggup meminum air dari empangan itu.
Noh berkata, buat masa ini terdapat 34 loji rawatan air di Selangor yang mampu mengeluarkan air terawat sebanyak 4,371 juta liter sehari manakala keperluan air terawat di Selangor ialah 4,322 juta liter sehari.
Jumlah air terawat itu termasuk dari Loji Sungai Labu yang dibina kerajaan persekutuan yang mula beroperasi membekalkan 45 juta liter sehari sejak 20 Mac lepas.
Beliau berkata, Loji Sungai Labu itu dibina dengan kos RM218 juta termasuk kos pembelian tanah di daerah Sepang daripada Sime Darby Bhd dan bukannya di atas tanah kerajaan negeri.
Loji itu kini diserah kepada kerajaan negeri dan diurus oleh anak syarikat kerajaan negeri Konsortium Air Selangor Bhd walaupun dibina dan dibiayai oleh kerajaan persekutuan.
“Kita tidak berkira dengan kerajaan negeri mengenai pembinaan Loji Sungai Labu dan sehingga kini tiada perjanjian seperti jumlah sewa dan sebagainya di buat. Ini menunjukan betapa ikhlasnya kerajaan persekutuan mengatasi masalah air,” katanya.
Pembinaan Loji Sungai Labu itu termasuk sebahagian dari RM600 juta projek mitigasi keperluan air di Selangor yang dilaksanakan kerajaan persekutuan selain daripada pemulihan sistem pam air dan pemulihan muka sauk loji rawatan air, kata Noh.
Beliau berkata, walaupun dengan adanya loji baru di Sungai Labu, pengeluaran air mentah di jangka tidak mencukupi bagi menampung pelaksanaan projek-projek perumahan baru dan pembinaan 129 kilang dengan nilai pelaburan 3.6 bilion seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Justeru, pembangunan loji rawatan Langat 2 yang sehingga kini tidak mendapat lampu hijau daripada kerajaan negeri mesti dilaksanakan bagi memenuhi keperluan perumahan dan perindustrian yang semakin meningkat di Selangor. 
                      HARGAILAH AIR
Penghayatan 1 Malaysia K1M Kg Sg Kajang 26 Mei 2012 (Sabtu) di Dewan Taman Seri Setia.Program yang bermula seawal 8:00pg dirasmikan oleh YB Dato Shamsudin bin Lias.Pelbagai aktiviti menarik dijalankan diantaranyan pemeriksan kesihatan PERCUMA,Pameran,Pertandingan memasak dan sukan rakyat.


Penghayatan 1 Malaysia K1M  Kg.Sri Tiram Jaya bersama artis veteran mendapat sambutan yang hangat oleh orang-orang kampung. Program yang telah diadakan pada 19 Febuari 2012 (Sabtu) di Dewan Sri Tiram Jaya bemula seawal 8:00pagi. Antara artis yang hadir seperti Dato' Aziz Satar, Mariani serta Kuswadinata.Program ini dirasmikan oleh YB Sulaiman Bin Abdul Razak.

Penghayatan 1Malaysia K1M Kg Sg Yu dan Mukim Permatang yang telah diadakan seperti berikut :

Tarikh    :    12 Mei 2012 (Sabtu)
Masa     :    8:00 pagi
Tempat  :    Dewan Kg Sg Yu
Perasmi :    YB Sulaiman Bin Abd Razak


Wednesday 29 June 2011

PESONA R Fenomena Terbaru Proton

Rakyat Malaysia sememangnya sentiasa menaruh minat berkenaan perkembangan apa saja model kereta terbaru keluaran PROTON dan PERODUA. Persoalannya kini ialah model kereta mana pula yang menjadi perhatian rakyat Malaysia sekarang? Menurut jangkaan ramai peminat automotif tempatan, model yang paling dinantikan ketika ini ialah Persona R yang bakal dikeluarkan oleh PROTON pada awal atau pertengahan tahun 2012, ianya merupakan sebuah kereta sedan serba baru, bukan lagi model dinaiktaraf (facelift), malah ia dikatakan bakal menggunakan enjin turbo, dengan rekabentuknya dikatakan mirip kereta konsep Proton Tuah.Namun begitu ada juga pendapat yang agak skeptikal dan pesimis dengan penerimaan rakyat Malaysia terhadap Persona R apabila melihat jualan Proton Inspira yang kian perlahan ketika ini. Persona R perlu menjadi sebuah model serba lengkap seperti mana dimahukan oleh rakyat Malaysia. Enjin berkuasa, ciri-ciri keselamatan bertaraf dunia, peralatan interior setanding dengan apa yang ditawarkan oleh kereta dari Korea dan Jepun, kualiti dan ketahanan, dan yang paling penting adalah harga yang bakal ditawarkan.Jika harganya sama seperti Toyota Vios atau Honda City tetapi kualiti tidak setanding, PROTON pasti sukar untuk mencatatkan angka jualan terbaik.Jika harganya pula murah seperti Proton Persona Elegance, apa pula yang kita boleh harapkan dari segi spesifikasi?

Model Proton Tuah yang dikatakan sama rekaan dengan Pesona R. (Bahagian Hadapan)

Bahagian belakang



 P/s: Jadi, sama-sam kita tunggu kemunculan 1 lagi kereta nasional keluaran negara kita yang tercinta ini...

 

Monday 27 June 2011

ASTRO NAIK ?

 K1M nak kongsi sikit isu yg hangat diperkatakan sekarang...Tentang kenaikan harga pakej ASTRO.. Makin "naik" populariti maka makin "naik" la harga..

KUALA LUMPUR – Astro melakukan beberapa pelarasan kepada pakej-pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai 2011. Bagaimanapun, Pek Famili dikekalkan pada harga  RM37.95 sebulan (atau hanya RM 1.30 sehari) untuk akses ke 38 buah saluran.
Tambah kenyataan itu, pelanggan Astro kini boleh menikmati nilai wang yang lebih baik dengan pelancaran Super Packs yang telah direka khas bagi menawarkan pakej Astro yang terbaik termasuk perkhidmatan HD dan PVR.
“Untuk hanya  RM125, para pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan HD dan rakaman, 3 pilihan pek mini, sukan, movies, Mustika dan Astro Tayangan Hebat sambil membuat penjimatan yang hebat sehingga RM45.85,” katanya.
Para pelanggan juga akan menikmati Personal Video Recording (PVR) serta Remote Recording yang membolehkan  program kegemaran pelanggan dirakam dengan hanya menggunakan telefon bimbit walau di mana sahaja anda berada. Dengan pelarasan harga ini juga diharap akan setimpal dengan kualiti dan pekhidmatan yang diberikan oleh pihak Astro kepada pelanggan setia Astro agar kedua-dua belah pihak saling berpuas hati.




P/S: Makin kaya la pengasas ASTRO lepas ni..pelanggan jugak yang kayap..hehehe

Info K1M Bkt Badong

Pada 25 Jun 2011 yang lalu Jabatan Penerangan Selangor dengan kerjasama Agensi Kerajaan yang lain telah mengadakan Info K1M di Bkt Badong.Perasmian dilakukan oleh K.R Partiban,ADUN Ijok. Acara dimulakan bermula jam 8 pagi dan berakhir kira-kira jam 2 ptg.