Monday 27 June 2011

ASTRO NAIK ?

 K1M nak kongsi sikit isu yg hangat diperkatakan sekarang...Tentang kenaikan harga pakej ASTRO.. Makin "naik" populariti maka makin "naik" la harga..

KUALA LUMPUR – Astro melakukan beberapa pelarasan kepada pakej-pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai 2011. Bagaimanapun, Pek Famili dikekalkan pada harga  RM37.95 sebulan (atau hanya RM 1.30 sehari) untuk akses ke 38 buah saluran.
Tambah kenyataan itu, pelanggan Astro kini boleh menikmati nilai wang yang lebih baik dengan pelancaran Super Packs yang telah direka khas bagi menawarkan pakej Astro yang terbaik termasuk perkhidmatan HD dan PVR.
“Untuk hanya  RM125, para pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan HD dan rakaman, 3 pilihan pek mini, sukan, movies, Mustika dan Astro Tayangan Hebat sambil membuat penjimatan yang hebat sehingga RM45.85,” katanya.
Para pelanggan juga akan menikmati Personal Video Recording (PVR) serta Remote Recording yang membolehkan  program kegemaran pelanggan dirakam dengan hanya menggunakan telefon bimbit walau di mana sahaja anda berada. Dengan pelarasan harga ini juga diharap akan setimpal dengan kualiti dan pekhidmatan yang diberikan oleh pihak Astro kepada pelanggan setia Astro agar kedua-dua belah pihak saling berpuas hati.




P/S: Makin kaya la pengasas ASTRO lepas ni..pelanggan jugak yang kayap..hehehe

No comments:

Post a Comment