Rakyat Malaysia sememangnya sentiasa menaruh minat berkenaan perkembangan apa saja model kereta terbaru keluaran PROTON dan PERODUA. Persoalannya kini ialah model kereta mana pula yang menjadi perhatian rakyat Malaysia sekarang? Menurut jangkaan ramai peminat automotif tempatan, model yang paling dinantikan ketika ini ialah Persona R yang bakal dikeluarkan oleh PROTON pada awal atau pertengahan tahun 2012, ianya merupakan sebuah kereta sedan serba baru, bukan lagi model dinaiktaraf (facelift), malah ia dikatakan bakal menggunakan enjin turbo, dengan rekabentuknya dikatakan mirip kereta konsep
Proton Tuah.Namun begitu ada juga pendapat yang agak skeptikal dan pesimis dengan penerimaan rakyat Malaysia terhadap Persona R apabila melihat jualan Proton Inspira yang kian perlahan ketika ini. Persona R perlu menjadi sebuah model serba lengkap seperti mana dimahukan oleh rakyat Malaysia. Enjin berkuasa, ciri-ciri keselamatan bertaraf dunia, peralatan interior setanding dengan apa yang ditawarkan oleh kereta dari Korea dan Jepun, kualiti dan ketahanan, dan yang paling penting adalah harga yang bakal ditawarkan.Jika harganya sama seperti Toyota Vios atau Honda City tetapi kualiti tidak setanding, PROTON pasti sukar untuk mencatatkan angka jualan terbaik.Jika harganya pula murah seperti Proton Persona Elegance, apa pula yang kita boleh harapkan dari segi spesifikasi?
|
Model Proton Tuah yang dikatakan sama rekaan dengan Pesona R. (Bahagian Hadapan) | | | | | |
|
|
|
Bahagian belakang |
|
|
|
P/s: Jadi, sama-sam kita tunggu kemunculan 1 lagi kereta nasional keluaran negara kita yang tercinta ini...
No comments:
Post a Comment