Wednesday 29 June 2011

PESONA R Fenomena Terbaru Proton

Rakyat Malaysia sememangnya sentiasa menaruh minat berkenaan perkembangan apa saja model kereta terbaru keluaran PROTON dan PERODUA. Persoalannya kini ialah model kereta mana pula yang menjadi perhatian rakyat Malaysia sekarang? Menurut jangkaan ramai peminat automotif tempatan, model yang paling dinantikan ketika ini ialah Persona R yang bakal dikeluarkan oleh PROTON pada awal atau pertengahan tahun 2012, ianya merupakan sebuah kereta sedan serba baru, bukan lagi model dinaiktaraf (facelift), malah ia dikatakan bakal menggunakan enjin turbo, dengan rekabentuknya dikatakan mirip kereta konsep Proton Tuah.Namun begitu ada juga pendapat yang agak skeptikal dan pesimis dengan penerimaan rakyat Malaysia terhadap Persona R apabila melihat jualan Proton Inspira yang kian perlahan ketika ini. Persona R perlu menjadi sebuah model serba lengkap seperti mana dimahukan oleh rakyat Malaysia. Enjin berkuasa, ciri-ciri keselamatan bertaraf dunia, peralatan interior setanding dengan apa yang ditawarkan oleh kereta dari Korea dan Jepun, kualiti dan ketahanan, dan yang paling penting adalah harga yang bakal ditawarkan.Jika harganya sama seperti Toyota Vios atau Honda City tetapi kualiti tidak setanding, PROTON pasti sukar untuk mencatatkan angka jualan terbaik.Jika harganya pula murah seperti Proton Persona Elegance, apa pula yang kita boleh harapkan dari segi spesifikasi?

Model Proton Tuah yang dikatakan sama rekaan dengan Pesona R. (Bahagian Hadapan)

Bahagian belakang



 P/s: Jadi, sama-sam kita tunggu kemunculan 1 lagi kereta nasional keluaran negara kita yang tercinta ini...

 

Monday 27 June 2011

ASTRO NAIK ?

 K1M nak kongsi sikit isu yg hangat diperkatakan sekarang...Tentang kenaikan harga pakej ASTRO.. Makin "naik" populariti maka makin "naik" la harga..

KUALA LUMPUR – Astro melakukan beberapa pelarasan kepada pakej-pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai 2011. Bagaimanapun, Pek Famili dikekalkan pada harga  RM37.95 sebulan (atau hanya RM 1.30 sehari) untuk akses ke 38 buah saluran.
Tambah kenyataan itu, pelanggan Astro kini boleh menikmati nilai wang yang lebih baik dengan pelancaran Super Packs yang telah direka khas bagi menawarkan pakej Astro yang terbaik termasuk perkhidmatan HD dan PVR.
“Untuk hanya  RM125, para pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan HD dan rakaman, 3 pilihan pek mini, sukan, movies, Mustika dan Astro Tayangan Hebat sambil membuat penjimatan yang hebat sehingga RM45.85,” katanya.
Para pelanggan juga akan menikmati Personal Video Recording (PVR) serta Remote Recording yang membolehkan  program kegemaran pelanggan dirakam dengan hanya menggunakan telefon bimbit walau di mana sahaja anda berada. Dengan pelarasan harga ini juga diharap akan setimpal dengan kualiti dan pekhidmatan yang diberikan oleh pihak Astro kepada pelanggan setia Astro agar kedua-dua belah pihak saling berpuas hati.




P/S: Makin kaya la pengasas ASTRO lepas ni..pelanggan jugak yang kayap..hehehe

Info K1M Bkt Badong

Pada 25 Jun 2011 yang lalu Jabatan Penerangan Selangor dengan kerjasama Agensi Kerajaan yang lain telah mengadakan Info K1M di Bkt Badong.Perasmian dilakukan oleh K.R Partiban,ADUN Ijok. Acara dimulakan bermula jam 8 pagi dan berakhir kira-kira jam 2 ptg.